akhirnya aku daftar jugak fom6 di SMKAP.,ramai jugak la yang pi mendaftar tadi.kebanyakannya bekas budak sekolah tu jugak macam aku.mula-mula langkah ja kaki dalam kawasan sekolah,aku jumpa dengan junior aku.dia boleh jerit nama aku kat depan pintu pagar tu.aku pun apa lagisengih-sengih macam kerang busuk la berjalan pi dekat dia.saja buat2 blur,padahal dalam hati hanya aku dan ALLAH ja yang tau.haha
aku saja duduk dekat pondok guard,malu kot nak masuk.tiba-tiba pak cik guard kata kat aku.."Ha,yang ni tak payah tanya la.kenai dah muka ni." aduh,aku tunduk je la.famous jugak aku ni,sampai pak cik guard pun kenai aku.hahaha.
lepas beberapa minit,mata aku pun dah letih tengok kereta cikgu2 masuk lalu lalang depan aku.aku amik keputusan bergerak ke pondok yang ada tak jauh dari pos guard tadi.aku tengok kat situ,kawan2 kelas aku duk sembang rancak.aku dengan muka tak malu tanpa dijemput terus join.
rasa macam budak fom1 pulak baru daftar.haha
tepat jam 11 baru la taklimat dimulakan.mula2 ustazah syarqiah cakap.agak macam motivasi untuk kami la.dia bagitau pasal kelebihan masuk fom6 atau sekarang diaorang panggil Program Persediaan Universiti(PPU)..bila dengar taklimat tu aku mula hilang rasa rendah diri,tapi tak bermaksud aku meninggi diri.lepas beberapa minit ustazah berceramah,ummi pulak bercakap.dia nasihat kan kami agar amik Bahasa Arab.aduh pening aku aku,bila bercerita pasal b.arab ni.aku tak dapat kredit time spm.macam mana aku nak bawak time STPM...huhuhu
aku pening la antara nak pilih pakej A @ B @ C????????????????? tapi kalu ikut hati aku,aku nak pilih pakej C....sebab pakej tu tak dak b.Arab...tapi apa2 pun aku kena bincang dengan mak dan ayah aku dulu..
Aduyai.........................................
Isnin, 9 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan